Jenis bahan: Kertas laid Eropah yang berwarna putih kekuningan tetapi terdapat kesan kotoran yang melekat menyebabkan kertas berubah warna tetapi tidak menjejaskan dakwat pada teks. Kertas secara fizikalnya masih kuat. Teks hanya terjejas pada bahagian yang berlubang kesan dimakan serangga dan sebahagiannya masih berkeadaan baik Tera air: 3 bulan sabit sederet dengan saiz semakin mengecil Baris: 23 baris Tulisan: Dakwat berwarna hitam kecoklatan. Rubrikasi terdapat pada ayat-ayat bahasa Arab seperti firman Allah SWT dan sabda nabi SAW. Terdapat juga perkataan dalam bahasa Arab tertentu. Tulisan kecil, kemas dan teratur. Gaya penulisan juga konsisten Ukuran terperinci: Tinggi 23 cm, lebar 16.3 cm Manuskrip ini lengkap |