Jenis bahan: Kertas laid Eropah yang berwarna putih kekuningan. Kertas berlubang-lubang kecil kesan dimakan serangga tetapi tidak begitu menjejaskan teks naskhah Tera air: 3 bulan sabit sederet dengan saiz semakin mengecil Tulisan: Dakwat berwarna hitam terang, rubrikasi terdapat pada perkataan dan ayat tertentu berbahasa Melayu dan bahasa Arab seperti bab, sabda nabi, faedah, dan, yakni dan sebagainya. Tulisan kemas dan jelas tetapi tidak menarik Baris: 17 baris Kata penarik: Kata penarik terdapat di penjuru kiri bawah halaman verso Ukuran terperinci : Tinggi 20.5 cm, lebar 14 cm Sejarah: Ditulis pada zaman Seri Sultan Alauddin John Syah pada 4 Muharam 1158H. [6 Februari 1745] Manuskrip ini tidak lengkap |