Current Search:
  • Manuscript X
  • Recitation X
  • Reading X
Results 1 to 4 of 4
Bookmark and Share
  • 1.
    Manuscript
    Al-Quran
    Call Number
    297.122 QUR MM
    Year
    [1842M]
    Notes
    Jenis bahan: Kertas laid Eropah berwarna kekuningan, sedikit berlubang-lubang kecil, bercarikan di sekeliling yang teruk dan kotor pada kertas tetapi teks masih berkeadaan baik
    Tera air: Bulan sabit berprofil manusia
    Baris: 12 baris
    Tulisan: Dakwat berwarna hitam. Rubrikasi terdapat pada nama surah, juzuk dan ayat-ayat tertentu bagi setiap surah. Tulisan kemas, ditulis dalam bingkai bergaris tiga dan mudah dibaca. Ada tanda bacaan waqaf pada setiap akhir ayat. Ada huruf-huruf hijai’yah kecil di setiap ayat al-quran tersebut
    Hiasan: Iluminasi dengan gaya Acheh mempunyai bingkai bermotifkan flora berkerawang di antara bingkai teks dan pembahagi garis lurus. Setiap sisi dan penjuru bingkai dihias dengan hiasan bermotifkan awan larat dan gunungan. Iluminasi turut terdapat pada bahagian tengah dan akhir kertas naskhah tetapi belum mempunyai sebarang catatan teks kerana berkemungkinan iluminasi dilukis terlebih dahulu oleh orang yang berbeza dengan penulis atau terdapat kesilapan dalam pengiraan dan pembahagian helaian surah semasa memulakan lakaran iluminasi sehingga menyebabkan surah akhir ditulis tanpa iluminasi
    Catatan tepi: Terdapat catatan tepi di penjuru kertas seperti maklumat berkaitan hukum tajwid, cara bacaan dan sebagainya
    Ukuran terperinci: Tinggi 32.2 cm, lebar 23 cm
    Sejarah: Disalin pada 1258H [1842M] seperti di kolofon. Turut dicatatkan di bahagian penjuru tepi kertas (marginal) bertarikh 1242H [1826M]
    Manuskrip ini lengkap
    1 copy is available
     
  • 2.
    Manuscript
    Kitab tajwid Selesai ditulis oleh Abdullah pada waktu Isyak, hari Ahad. Abdullah
    Call Number
    MSS 3922 (D)
    Author
    Abdullah
    Notes
    Lengkap
    Dakwat berwarna hitam. Rubrikasi pada ayat bahasa Arab dan perkataan bahasa Melayu yang tertentu. Tulisan bergaya dan menarik. Teks kemas dan konsisten.
    Tercatat bahawa kitab ini kepunyaan Abdullah.
     
  • 3.
    Manuscript
    Kifayat al-mubtadi.
    Notes
    Tidak lengkap.
    Dakwat berwarna hitam pekat dan hitam kecoklatan. Rubrikasi terdapat pada perkataan bahasa Melayu, firman Allah, sabda nabi serta ayat bahasa Arab yang lain.
     
  • 4.
    Manuscript
    Tahrir al- ma’ani ‘ala al-jazari.
    Call Number
    MSS 4197 (B)
    Notes
    Dakwat hitam terang. Rubrikasi terdapat pada perkataan dalam bahasa Melayu tertentu dan ayat dalam bahasa Arab seperti hadis Rasulullah (s.a.w), firman Allah (s.w.t) dan ayat-ayat lain. Tulisan kemas dan menarik kerana ditulis di dalam bingkai bergaris dua yang berwarna hitam, Cuma ianya kelihatan berserabut kerana terdapat banyak catatan tepi di sekeliling bingkai tersebut. Tulisan juga tidak konsisten di antara fragmen pertama kerana tulisannya lebih kecil berbanding fragmen kedua. Terdapat iluminasi ringkas di f.14v. dan f. 15r. yang berbentuk kubah dengan corak seperti lingkaran daun dan pintalan tali menghiasi permukaan atas dan penjuru bingkai.
    Lengkap.